Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa orang penganut Syiah Imamiyah yang tidak berpuas hati dengan fitnah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap mazhab mereka tampil membuat membuat laporan Polis. Rombongan Syiah yang diketuai ustaz Abdullah Hasan membuat laporan tersebut di Ibupejabat Polis Daerah Pendang, pagi Khamis lalu.
Rombongan tersebut turut membawa naskah al-Qur'an cetakan Iran bagi membuktikan pembohongan melulu beberapa pihak bahawa Syiah mempunyai al-Qur'an yang berbeza dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pihak Jakim dalam salah satu siri penindasan dan diskriminasi terhadap minoriti pengikut mazhab Syiah dikatakan telah mencanang beberapa pembohongan dalam khutbah Jumaat yang diedarkan ke seluruh negara untuk dibaca khatib-khatib pada 29 November lalu.
Khutbah berjudul 'Virus Syiah' tersebut disifatkan Abdullah sebagai penghinaan, fitnah dan membangkitkan api permusuhan antara umat Islam.
Antara perkara-perkara yang dibangkit dalam laporan polis tersebut ialah:
1. Mencabar peruntukan undang-undang dengan pemaksaan beramal dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
2. Sengaja memburukkan mazhab Syiah dengan memanipulasi konsep Imamah sebagai rukun agama sedangkan ada ulama Sunni yang turut mengakui perkara tersebut.
3. JAKIM sengaja menimbulkan elemen kontroversi sahabat Nabi untuk mengkafirkan penganut mazhab Syiah Imamiyah.
4. JAKIM dengan sengaja menuduh mazhab Syiah percaya tentang tahrif al-Qur'an sedangkan beberapa orang ulama Sunni menolak kewujudan hal tersebut di kalangan Syiah.
5. JAKIM menuduh Syiah mengharuskan liwat untuk memfitnah dan mengaibkan Syiah seterusnya menimbulkan kebencian melulu terhadap mazhab yang ditindas ini.
6. JAKIM mempertikaikan hari mengenang kesyahidan Imam Husain (a.s) di hari Asyura.
7. JAKIM sengaja memburukkan mazhab Syiah Imamiyah dengan isu hukum nikah Mut'ah
8. JAKIM dengan sengaja menghasut kebencian terhadap Syiah dengan menuduh Syiah mempertikaikan kesahihan dan keutuhan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
9. JAKIM dengan sengaja mendakwa kononnya mazhab Syiah cuba mencabar pihak berkuasa sedangkan perkataan ini boleh diucapkan oleh sesiapa sahaja.
Sementara itu tokoh radikal Sunni Kedah, Prof Madya Aziz Hanafi ketika dihubungi wartawan sebaliknya mengulas kumpulan Syiah semakin berani menentang pihak JAKIM. Beliau menegaskan pihaknya sentiasa mendukung kerajaan dalam menindas minoriti Syiah Malaysia. Walau bagaimanapun Aziz Hanafi tidak memberikan komen sedikitpun tentang pembohongan dan fitnah Jakim tersebut.
27 Disember 2013 - 20:30
News ID: 490496
Berikutan fitnah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terhadap Syiah Imamiyah, sekumpulan pengikut mazhab tersebut yang diketuai ustaz Abdullah Hasan tampil membuat laporan di IPD Pendang.